Saturday, June 16, 2007

Email pada MDAM Roslan

Terima kasih atas advice demo,

Le' kawe rasa tak lih gi dah nak
teruskan perjuangan dlm cni.

Kawe dah beberapa kali gi moh
demo cuba nak luahkan cerita,
tapi tak terkeluar...

Buat masa ni, demo teruskan
dulu perjuangan TANPA kawe,
Demo tak perlulah "back up"
atau jaga nama baik kawe jika
ada kritikan dari mana2 pihak.

Demo jagalah saki baki group
kawe sekiranya ia masih lagi
diperlukan untuk "leg demo".

Tapi kalu group kawe tu dah
terkeluar dari 6 kaki demo, ter
pulanglah pada demo.

Kawe nampak Romi tu macam nak
buat ssungguh, tapi kawe tak tahu
macamana nak bantu, bila kawe
rasa dah tawar hati dengan CNI.

Kawe mungkin akan "resign"
sebagai Million Diamond, dan
menjadi ahli biasa jika CNI boleh
terima. Kawe rasa kawe dah tak
boleh beri komitmen seperti org
lain sebagai MDAM lagi.

Kawe tak nak nama CNI tercemar
kerana kawe disebabkan isu-isu
seperti tiada komitmen atau isu
swisscash.

Untuk pengetahuan demo, kawe
tak pernah menaja ahli CNI yg
lain masuk swisscash kecuali
sore-dua budak kawe yang begitu
rapat dengan kawe seperti Megat,
Romi dan Saiful. Itu pun atas dasar
peribadi.

Kawe juga tidak pernah menaja
sesiapa di Sabah dan Sarawak,
tetapi Ali dan Kamal pernah ber
tanya dan kawe pernah bercerita.

Kawe juga tidak pernah sponsor
Ust Zul dan Eddy atau group demo
yg lain utk join Swisscash, itu
semua di taja oleh Noli dan
dilonggokkan bawah kawe. Kawe
pun tak pernah berjumpa dengan
Ust Zul di sepanjang penglibatan
dalam SC. Kawe ada jumpa Eddy
beberapa kali di kedai eddy setelah
kawe tahu dia dimasukkan dlm SC
oleh Norli di bawah kawe.

Kalu CNI tak boleh meluluskan
resignation kawe dari MDAM untuk
menjadi ahli biasa, kawe terpaksa
resign sepenuhnya sebab kawe
lama dah tak boleh menunaikan
komitmen sebagai MDAM. Sebab
tu kawe tak pergi meeting Regional
Comittee. Kawe dah tawar hati lama
dah dan kawe tak pernah gi meeting
CRC tu sejak dari hari pertama lagi.

Walau bagaimanapun, ini adalah
luahan kawe melalui email kepada
demo, kawe belum lagi atar surat
resign kepada CNI. Kawe cuma
atar surat resign DC saja pada Idril.

Tu saja lah...
untuk kali ni


(2-Jun 2007)

12 comments:

tarnatos9897 said...

Bos...

Semuga berjaya dalam apa bidang yang diceburi. Saya kagum dengan ketulusan bos menceritakan perkara sebenar dna meluahkan segalanya supaya tiada seberang kerumitan berlaku. Walaupun keputusan yang dibuat amat besar tetapi persahabatan tetap bos jaga dan perasaan org lain tetap dipelihara. Syabas. Senang-senang masuk blog ni....www.superbmoneymachine.com/ebay kita boleh share idea...

Regards
Abdul Halim Osman
Future Ebay Powerseller

Jet Li (m) said...

Thanks.. Halim ebay... may ur dream come true.. EbayPowerSeller..

shamsani said...

Tuan Zulkey,
Semoga berjaya dalam apa jua bidang yang diceburi. Kita buat jahat pun orang akan mengata, buat baik pun orang akan kata juga.
So kita proceed je dgn apa yang kita fikirkan untuk kita dan keluarga kita.
See you at the top.
GO DIAMOND..............HEBAT HEBAT HEBAT

Anonymous said...

salam,

Saya tak ada komen tapi bila saya baca post kawan2, saya nak kata sepatah 2 aje...Never giveup, never never give up, never never never give up.

see I in DIAMOND...hebat hebat hebat

p/s: sapa nak join Network Marketing Baru paling top Di dunia klik sini http://usana4altra.blogspot.com

Jet Li (m) said...

Diamond..!! Eh.. aku dah pangkat diamond laaa (Million Diamond).. Teruskan perjuangan anda dan naik Diamond seterusnya ke Million Diamond. Thank for comment anyway..

Anonymous said...

Semekom Key..
Kesulitan Amat Di Kesali !!
Kita Hanya Merancang dan Tuhan Menentukan... Sorry, Silap tu,
Kita Hanya Merancang SERTA Melaksanakan dan Tuhan yang Menentukannya...
Kawe pun dah habis fikir dan cari ikhtiar tapi keputusan di tangan demo.. Hidup @ Matinya burung adalah dalam genggaman Demo !!
Kawe juga mintak mahaplah jika ada apa-apa yang tidak menyenangkan Demo dan pasti ada silap dipihak kawe kerana kawe buke malaikat. Utk demo setakat ni pun kawe maah dan halal segala. Kawe sgt. hormat dengan Demo yang begitu lama kawe kenal. Cuma, cubalah ikhlaskan hati dalam pekerjaan, pertuturan dan penulisan supaya lebih sukses. Berterus terang lebih baik... Tak perlulah ajak leg kawe hak lain mcm Riduan Gua Musang tu utk ke SANA.. Tp mana2 d/line hak demo taja tu, mmg hak demo dan kawe no komen. Jika sudi, datanglah ke rumah kawe w/pun utk. kali terakhir sbg. tanda perpisahan kerana kita berkawan terlalu lama.. Kawe sedih Key, Kita bersaing sejak di sekolah rendah lagi Key.. (maah, kawe sebak Key, dah lama air mata kawe tak keluar ni, tapi ari ni menitis jua ! Maah kan kawe Key, kawe ikhlas bersama demo selama ni) Tak menaip lagi dah.. Semoga Demo Berjaya di SANA !! Jika perlu apa pertolongan bila-bila masa, carilah kawe Key dan kawe akan cuba tolong selagi mampu..
Selamat Berjuang Kawanku !!
@ mungkin aku akan kehilanganmu buat selama-lamanya.. Ya Allah, harap-harap kau janganlah putuskan hubungan kami... Amin.

Assalamualaikom Key.. kirim salam utk Mai dan keluarga demo.

roslan taib said...

Cik Bos.......

Assalamualaikum,

Setiap sesuatu yg terjadi ada hikmahnya. Walaupun jalan kita kini berbeza. Persahabatan yg lalu akan dikenang seningga akhir hayat.

Sy begitu terharu,sedih & sebak ... tiada apa yg hendak dikomen lagi.

Sekian wassalam dari sy.

Jet Li (m) said...

En Roslan
Kawe setuju terhadap apa yang demo perkatakan di atas.

Sememangnya kita merancang dan wajib berusaha sebaik mungkin untuk melaksanakannya, selebihnya ialah Tawakkal pada Allah itulah sebaiknya. Setiap keputusan yang diberi diterima dengan redha, kerana itulah suratan Takdir dariNya.

Kawepun begitu terharu untuk berpisah dengan CNI setelah hampir 12 tahun bersama CNI. Kawe bukanlah tidak suksess tetapi suksess sehingga ke MDAM jugak walaupun ianya sangat jauh berbanding dengan apa yang demo capai, kawe bersyukur dan Tahniah untuk demo...

Sebenarnya, kalau kita renung dan "zoom out" lebih jauh sedikit... baru kita nampak...

Apa yang berlaku ialah..

Kawe cuma menarik diri dari perniagaan CNI sahaja... kawe cuma menarik diri dari menjadi "player" di CNI sahaja, kawe masih lagi menjadi penyokong CNI secara tidak langsung.

Kawe rasa demo masih lagi terbuka hati untuk menerima keputusan kawe untuk berbuat demikian...(menarik diri)

Dari segi lain, kita masih lagi ssaing seperti biasa dan sediakala, persahabatan yang kita jalin semenjak sekolah rendah adalah kekal seperti biasa, persahabatan di CNI selama 12 tahun dengan leader2 CNI adalah kekal seperti biasa... kekal.. Kita masih meneruskan perhubungan seperti biasa, kita boleh "gi-mari" dan boleh "make air" seperti biasa jika ada kelapangan.
"Our friendships are remain as usual".

Kawe jugak akan gi rumah demo beberapa kali lagi dan lagi jika tidak sibuk dan jika demo ada dirumah. kawe juga persilakan demo kerumah kawe bila2 masa, kawe juga mungkin akan mintak bantuan dari demo jika perlu dan demo pun bulih minta bantuan kawe jika perlu (serupa dulu jugak).

Kawe tidak pernah menuduh demo silap atau sesiapa silap, ianya adalah Takdir untuk kawe menarik diri dari CNI.. kawe tidak pernah berdendam kepada demo atau sesiapa. kawe harap demo bulih terima kenyataan kawe ini bahawa persahabatan kita adalah kekal - our friendship are remain unchange..

Tentang Riduan Gua Musang tu panjang ceritanya, kawe akan perjelaskan "face to face" dengan demo jika perlu kerana ada sedikit unsur2 p&c.

Akhir kata untuk kali ini, selamat berjuang... jumpa anda di Kutub Utara
-jet li (malaysia)

Jet Li (m) said...

Waalaikummusalam En Roslan Taib..
Kenapa anda tulis "Persahabatan yg lalu akan dikenang seningga akhir hayat".??

Saya dan anda adalah masih seperti biasa... tiada perubahan yang berlaku, kawan seperti biasa..kalau di CNI pun, anda jarang datang meeting jugak..!! so sememangnya jarang berjumpa..sekarang pun kita boleh berjumpa juga.. secara kadang-kadang... sama seperti dulu... so ..nothing change..

Saya berharap anda lebih suksess pada tahun ini dan akan datang...so jangan lagi terhegeh-hegeh seperti yg lepas-lepas...
(sorry, yg atas tu joke).

Anyway... thanks for everythings.. and do you best..
Jet Li(m)

azuardi said...

salam... akhirnya kawe tabik demo key... demo memang hebat.. meme kawe admire demo.. kalu jupo demo meme kawe tabik demo.. akhirnya demo buat gapo hok demo raso sebelum ni... tp kawe x leh nok berjuang skali dgn demo... kawe pilih jale lain boh.. bilo kito bulih minum air boh..

cuma disini izinkan saya bertanya beberpa perkara utk semua org yg baca blog ni...
1." sbb apa kite buat MLM....??"
2. adakah dgn join company A maka kite x boleh join B atau C? Mcm kes saudara key kite ni.. Dia invest swisscash... tp kenapa CNI beri warning?? sedangkan saudara kite ni hanya invest jer.. kalau sponsor pun hanya melalui internet.. saya dah byk kali suruh dia allout.. sampai sudah dia x buat.. kesian saudara kite ni.....
3. kite join MLM sbb kite x nak hidup kite ditentukan oleh org lain.. maknanya..company MLM tiada hak utk menentukan kereta apa kite pakai.. dgn siapa kite berkawan.. dll...
last skali.. downline tu bukannya pekerja kite.. bukan kuli kite.. dia manusia biasa jugak.. jd layan lah dgn betul...

itu sajah lah nukilan dr saya.. kalau ada apa2 silap saya mintak maaf byk2....

key... demo memang hebat....
sain demo... azuardi

Unknown said...

Key ,

demo kena join GITROCK pulo ...

GITROCK akan disenaraikan di New York Stock Exchange .

tq

Dr Offshore

Jet Li (Malaysia) said...

Sapo pulak "Dr Offshore Expert" ni...

Nampaknya macan kenak benar dengan saya...

GitRock tu apa...? Bagi la link url nak tengok...
haha...