Tuesday, July 10, 2007

Farewell Lunch Holiday Inn Glenmarie

Terima kasih kepada MR Liew, Mr Sam, Mr Gan (Cikgu Gan) dan Mr Idril.. Kerana bersusah payah mengaturkan "farewell lunch" untuk saya dan family di Hotel Holiday Inn Glenmarie (Pan Pacific). Majlis berlangsung pada Hari Rabu 4 July.. Oh ada sorang lagi yang tertinggal iaitu Mr Chan Kok Lian yang tidak ada dalam gambar sebab beliau terpaksa balik awal kerana ada meeting.










Tuesday, June 26, 2007

Terima Kasih CNI


Terima Kasih CNI.... dan kepada semua yang terlibat di Syarikat CNI. Bermula dari Dato' Dr Koh, Mr Tan, Mr Liew, Mr Sam, Mr. Chan, En. Idril, Vivian, Cindy, Cheong, Morina, Amy, Meiling, Liza, Cg Asri, Baizura, serta semua staf-staf , MDAMs serta pengedar-pengedar CNI. Tak ketinggalan juga kepada SiFOO yang dihormati Cikgu Gan Ah Seng..
Saya begitu terharu apabila apabila pihak syarikat CNI, Director dan CEO berkali-kali menghubungi saya untuk berbincang tentang saya. Tentang keputusan saya untuk berhenti dari CNI. Pengarah dan CEO tidak jemu-jemu untuk membantu saya sekiranya saya perlukan bantuan.. baik dari segi kewangan atau dari segi yang lain...
Dari situ, saya dapat lihat yang mereka begitu perihatin terhadap saya... tapi apa yang saya boleh buat... hanya dapat mengucapkan terima kasih berjuta-juta terhadap pelawaan itu dan sememangnya saya amat meghargainya..
Dari raut wajah Cikgu Gan yang saya kenal 12 tahun di CNI dan raut wajah Mr Sam... jelas menampakkan keikhlasan di hati mereka yang mereka begitu "caring" terhadap saya, sehinggakan saya rasa bersalah jika tidak menerima tawaran dari anda berdua... saya takut dikatakan "sombong" dan tidak bersyukur..
Tapi, apa kan daya... sudah sememangnya sehingga hari ini, saya berani katakan yang ianya telah ditakdirkan akan perpisahan ini.
Walaubagaimanapun perhubungan kita sebagai kawan adalah tetap seperti biasa. Dikesempatan ini saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada semua, serta DOA saya untuk CNI agar lebih "luarbiasa", lagi dan lagi....

Monday, June 18, 2007

Surat untuk Idril

Amsterdam

Siapa tidak kenal Idril...? Bertubuh tinggi lampai dan bersongkok hitam.. saya tetap menghargai persahabatan disepanjang pertemuan kita..

Anda pasti kena teruskan perjuangan di CNI demi untuk menjaga kepentingan pengedar-pengedar serta staff yang beragama Islam di sana. Anda lah tunggak bagi pengedar2 Islam terhadap apa2 aktiviti CNI supaya ianya tetap releven dengan budaya Islam.
Anda lah.. staff muslim yang mempunyai "sedikit gigi" yang boleh menggigit dan melatah demi untuk menjaga kepentingan usahawan muslim di CNI.. kalau tiada anda mungkin CNI akan lara... dan mungkin tidak mengambil endah hal ehwal atau sensitiviti kaum muslim di dalam mana2 aktiviti..

Saya tahu... tugas anda memang berat, saya dapat merasakan yang anda sedang tersepit di antara pengedar dan management.
Itu adalah cabaran... Walau sebaik mana pun kita... atau seikhlas mana pun kita...... tetap ada orang yang busuk hati, tetap ada orang yang memusuhi kita... tetapi kita tidak perlu memusuhi mereka, sebaliknya berdoa dan berusaha supaya meraka berada dalam team kita...

Idrilll
Ada orang yang memang tak suka pada anda dan menuduh anda yang bukan2... ada orang mengatakan anda adalah 1000% menjaga syarikat dan bukan berpihak kepada pengedar melayu... Andalah yang menyekat sesetengah aktiviti untuk menaikkan pasaran atau faedah2 kepada pengedar atau DC2 Melayu....

Anda juga dituduh menjadi "barua" syarikat... atau "yess man" untuk memujuk usahawan Melayu supaya bersetuju dengan polisi syarikat. Anda juga pernah dituduh menggunakan "tangkal" yang sentiasa berada dalam songkok hitam, tangkal itu adalah azimat atau pendinding apabila berhadapan dengan pengedar2 yang garang-garang..

Idrilll..
Itu adalah tuduhan yg saya dengar... hanya anda dan Allah yang tahu kebenarannya. Jangan tanya saya ..ini tuduhan dari siapa, saya tidak berniat untuk memberitahunya...

Teruskan jihad anda... dengan sabar dan tabah.. jangan lupa pada Allah dan sembahyang 5 waktu setiap hari....

"Walau sejahat mana sekali pun kita tapi sembahyang lima waktu jangan ditinggalkan... pasti suatu hari kejahatan yg kita miliki akan ditinggalkan... tetapi walau sebaik mana pun kita... kalau sembahyang 5 waktu tidak dijaga, atau tak buat..., "you are nothing"... lama-kelamaan yang baik itu juga akan hilang dari kita..."

Jadi... jagalah sembahyang yang 5 waktu walau dimana anda berada dan dalam apa jua keadaan. Dengan sembahyang inilah, ia akan menarik untuk membuat perkara2 baik yang lain...

Wassalam....


Terima Kasih Upline Semua

Hi... Terima kasih yang tak terhingga kepada upline-upline semua... bermula dengan;

MDAM Roslan Abdullah
MDAM Tuan Anuar
MDAM Wak Ramlan
MDAM Ust Basir
MDAM Roslan Basir
MDAM Jailani Basir
MDAM Murad Basir
MDAM Janet... dan
MDAM Dato' Azman Ching

lihat detail disini http://mysuccess4all.com/uppline.html
-ini laman web projekCNI saya yang terbengkalai-

Sepanjang 12 tahun saya belajar dengan anda semua... Kita tidak meminta untuk perpisahan tetapi ianya terjadi kerana telah di takdirkan untuk terjadi. Walaubagaimanapun persahabatan kita adalah kekal insyaAllah...

Saya bukan ingin memutuskan talian persahabatan... terutama sekali yang sesama muslim.. Kita pasti berjumpa di puncak kejayaan (yang selalu kita sebut semasa di CNI) insyaAllah.

Saya cuma mungkin berehat seketika... anda teruskan dahulu perjalanan ke puncak Kejayaan itu. Saya tetap akan menyusul dan InsyaAllah pasti akan tiba ke puncak dan berjumpa kalian disana... Sudah pasti saya akan terlepas kenderaan CNI...

Saya mungkin akan menggunakan kenderaan yang berbeza...Pergi tetap pergi....

Tetapi jangan pula apabila saya sampai nanti, sebahagian dari anda hilang atau tiada disana...

....See you at the TOP....

$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$


...............................................................
Email dari MDAM Zainal Sg Petani - reply
...............................................................
Wslm;
Terima kasih kerana masih mengingati saya , Selama ini saya gembira dapat mengenali diri anda dalam CNI. Saya berpendapat anda seorang yang simple dan low profile. Saya bangga dengan anda cuma saya tidak berkesempatan mengenali diri anda secara dekat dan berrgaul rapat dengan anda ini mungkin kerana jarak usia yang terlalu jauh dan hanya sekali-kali perjumpaan dan perlancungan kita dapat bersama. Terus terang saya katakan saya bukanlah sehebat anda dalam CNI cuma pengalaman lama dalam perniagaan mengajar saya supaya lebih berhati-hati. Jatuh bangun dalam perniagaan memang perkara biasa. Anda masih muda dan peluang anda untuk terus berjuang terbuka luas. Saya doakan kita sama-sama berada dipuncak kejayaan dan dirahmati allah. Harapan saya supaya kita dapat meneruskan silatulrahim yang kita jalinkan dalam cni akan berkekalan. Mohon maaf saya dan isteri jika sepanjang perjuangan bersama cni terdapat kesilapan dan terlanjur kata kerana kita adalah insan biasa disisi Allah. Jumpa lagi.....

==> end




Saturday, June 16, 2007

1001 Soalan - FAQ


Soalan 1
Assalamualaikum En Zulkey, Saya Ustaz xxx, nak minta penjelasan dari mulut En Zulkey sendiri. Saya ada dengar tentang En Zulkey nak berhenti dari CNI.. betul ke?
Jawapan 1
Eh hemmm.. Saya bukannya nak berhenti CNI, saya cuma hendak memohon untuk meletak jawatan dari "Executive Level" termasuklah MDAM.
Tak faham... maksudnya apa tu.. adakah En Zulkey akan buat CNI lagi..?
Ya.. saya akan berhenti dari BUAT CNI atau melibatkan diri dari aktiviti cni dan saya akan menjadi ahli biasa.. Itupun jika diluluskan oleh CNI.
Soalan 2
Boss... Dengar kata nak tutup DC..? Betul ke?
Jawapan 2
Kau ni kasar sangat soalan tu... aku cuma nak berhenti menjadi DC Operator. Aku telah menghantar surat notis berhenti DC kepada En Idril pada awal june 2007 dengan memberi sebulan notis. Tarikh akhir dan akan berhenti menjadi DC Operator pada 30 Jun 2007.
Soalan 3
Boh.. kenapa nak berhenti, kan bos dah naik MDAM dan bonus berpuluh-puluh ribu...?
Jawapan 3
Memang MDAM mempunyai bonus berpuluh-puluh ribu, tapi saya nak berhenti bukan kerana bonus..
Soalan 4
Weh.. demo ni betul ke..? Bak po nak berenti. Adakah sebab CNI tak lulus pertukaran nama Mek Bunga..?
Jawapan 4
Ya.. kawe serius... tapi buke soal isu Mek Bunga dan Zailan.. Kawe percaya CNI telah membuat keputusan sebaik mungkin untuk kebaikan CNI dan pengedarnya. Walaupun kawe rasa tidak adil pada mulanya tapi sebenarnya CNI telah membuat seadil-adilnya untuk menjaga kepentingan CNI dan pengedarnya.
Soalan 5
Adakah En Zulkey nak berhenti CNI kerana group En Zulkey sudah jatuh..? Tapi saya nampak En Zulkey masih lagi strong dan masih memandu S Class..
Jawapan 5
Friend... jatuh bangun dalam perniagaan itu biasa. Memang group saya jatuh sekarang berbanding dahulu, saya masih lagi boleh bangkit jika saya mahu. Saya pernah jatuh teruk pada tahun 1998/99 dan ramai leader yang terpaksa jual kereta. Saya bangkit kembali pada masa itu pada tahun 2000... saya boleh bangkit.. jika saya mahu bangkit..
Soalan 6
Adakah En Zulkey berkecil hati kerana CNI telah meluluskan En Fauzi membuka DC di Semenyih, lalu membuat keputusan untuk menutup DC Kajang.?
Jawapan 7
Tidak sama sekali "Demi Allah". Seperti yang pernah saya katakan, CNI berhak membuka 10 DC sekalipun pada sesuatu tempat jika ianya dirasakan PERLU demi untuk kepentingan CNI dan pengedarnya.
Soalan 8
Habis tu kenapa nak tutup DC Kajang kalau tidak kerana berkecil hati.?
Jawapan 8
Itu mungkin tanggapan anda sahaja. Saya sebenarnya sudah lama ingin meletak jawatan sebagai DCO. Saya pernah terfikir beberapa kali untuk menawar suka-sama suka kepada En Fauzi Bandar Tech. Tapi masa belum sampai dan belum terluah dari mulut saya kepada En Fauzi. Kebetulan CNI telah meluluskan DC Bandar Tech, maka saya ambil kesempatan dengan segera... itu saja...
Soalan 9
Adakah kerana sale DC En Zulkey dah jatuh..?
Jawapan 9
Kan saya dah kata, jatuh bangun adat perniagaan.. Takkan bila sale jatuh kita nak berhenti... bukan sebab itu.. Memang sale DC Kajang jatuh, di tempat lain juga jatuh ada tempat lain juga naik.. bukan kerana sale saya jatuh lalu saya nak tutup. Saya masih untung tiap2 bulan dan di saat ini saya masih mendapat pendapatan 5 angka melalui DC Kajang
Soalan 10
Habis tu kalau tidak kerana berkecil hati dengan pembukaan DC Semenyih, kenapa nak tutup DC Kajang.?
Jawapan 10
Saya cuma ingin menjadi lebih bertanggung jawab. Saya sudah tidak boleh memberi komitmen terhadap CNi, sejak 2 tahun kebelakangan ini, saya sudah tidak memberi komitmen pada CNI, saya sudah tidak "appear" dalam mana-mana Gbos, meeting, atau aktiviti lain kecuali AMS sahaja. Jadi saya tidak mahu dikatakan MDAM atau DCO yang tidak berkomitmen...dan hanya mengaut keuntungan dari DC sahaja, maka saya ingin melepaskan jawatan ini disebabkan rasa bertanggungjawab. Lebih baik diberikan kepada leader yang lebih berkomitmen. CNI telah menjumpainya iaitu En Fauzi di Bandar Tech.. Tahniah En Fauzi.. (gomo mollek tuh)
Soalan 11
Kenapa aktiviti lain tak pergi tapi AMS boleh pergi pulak?
Jawapan 11
Saya ke AMS bukan kerana lain.... tetapi kerana 'hati yang merah'... saya masih lagi berminat dengan AMS walaupun tanpa bayaran sekiranya CNI masih lagi perlukan tenaga saya.
Soalan 12
En Zulkey kata dah 2 tahun tak berkomitmen dengan CNI(tak buat CNI) .. apa puncanya.?
Jawapan 12
Ya betul... puncanya... arrr... soalan ni saya tidak boleh menjawabnya ... sorry "no komen".
Soalan 13
Saya dengar kata En Zulkey "frust" dengan CNI.. ye ke..?
Jawapan 13
Frust..!!! haha.. apa pulak..? Hanya orang yang tidak sedar diri sahaja yang frust.. Saya tidah berhak untuk frust terhadap CNI.
Soalan 14
Boh... dah kalu berenti CNI.. AMS habis la...?
Jawapan 14
Gila kau... Aku bukan Azman Ching laa..
Aku bukan lah orang penting setaraf dengan Azman Ching atau Cikgu Gan. Kalau tiada mereka berdua ni, mungkin AMS dan GDS tergendala buat seketika.
Saya hanya salah seorang cikgu (penceramah) di AMS yang terdiri dari Dr Azman, Murad, Zulkey, Jamil, Rahman TangLong, RB, TA, Ridzuan, Jai, Kahar. Saya cukup yakin Ridzuan dan cikgu-cikgu yang lain boleh mengambil alih dan mengganti tugas saya dengan lebih baik.
Soalan 15
En Zulkey... ada desas-desus mengatakan En Zulkey masuk Usana... betul ke ?
Jawapan 15
Usana pulak..!! Haha... jangan percaya desas-desus, you kena dengar dari mulut saya sendiri. Dulu saya ada pernah pergi dengar preview Usana - tetapi bukan di tempat meeting dia. Tapi di kedai kopi mamak di PJ. Saya pergi pun atas dasar kawan baik saya yang mengajak dan untuk mendapat "more info", saya rasa anda kenal kawan yang mengajak saya tu... En Yusoff Daud..!! Kenal..? Di pendekkan cerita.. saya tidak menerima tawaran dia untuk masuk usana... saya berhenti cni juga bukan kerana dia.
Soalan 16
Boh..!! ore kata mu kuat buat Uptrend loni... leader-leader CNI Jinjang kata mu dok sponsor uptrend.. betul ke?
Jawapan 16
Siapa pulak tu... silap ore kot... ada 7 orang yang hampir serupa dengan kita di dunia ni... mungkin image saya yang ke 7 kot..
Soalan 17
Bos... saya dengar kata bos mendapat tawaran dari syarikat lain untuk jadi 001.
Jawapan 17
Oh.... tak, ianya tidak pernah berlaku kepada saya sehingga hari ini. Kalau orang lain yang lebih hebat dari saya munggkin YA.
Soalan 18
Betulke bos mendapat tawaran dari syarikat baru untuk menjadi penceramah berbayar..?
Jawapan 18
mana kau dengar ni... memang ada beberapa orang yang menawarkan untuk menjemput saya menjadi penceramah dan menjalankan kursus di syarikat mereka, saya tidak pernah menerima dan tidak pernah pergi untuk berbincang setakat hari ini. .
-nanti kalau ada soalan lagi , akan sy masukkan..

Great Wall


Gambar kenangan bersama di Great Wall
Saya sentiasa menatap gambar ini, setiap kali gbos atau motivasi, saya sentiasa menunjukkan gambar ini..
Dari kiri MDAM : Jamil, Tuan A, RA, myself dan Tony
Saya sangat bangga kerana dapat mencecah kaki bersama direct upline saya RA dan Tuan A. Jamil juga kelihatan gembira bersama Tony (sebagai up-up line Jamil).
Terima kasih juga pada Tony Yew kerana banyak memberi tunjuk ajar pada saya serta tak jemu-jemu menghubungi saya melalui phone untuk menasihati dan memotivasi saya.
Thanks..

Paris

Dari kiri myself, Nazri, Jamil, PokDin, RahimKing dan RA. Terima kasih yang tak terhingga pada anda semua di atas sokongan sepanjang perjuangan bersama serta tunjuk ajar yang telah anda berikan kepada "kawe". Anda semuanya adalah sifoo saya....

Nazri.. Jamil (yang sentiasa tak jemu menghubungi dan menasihati saya), Pok Din, Rahim King dan RA ( my immediate upline)... Terima kasih untuk anda semua....