Saturday, June 16, 2007

1001 Soalan - FAQ


Soalan 1
Assalamualaikum En Zulkey, Saya Ustaz xxx, nak minta penjelasan dari mulut En Zulkey sendiri. Saya ada dengar tentang En Zulkey nak berhenti dari CNI.. betul ke?
Jawapan 1
Eh hemmm.. Saya bukannya nak berhenti CNI, saya cuma hendak memohon untuk meletak jawatan dari "Executive Level" termasuklah MDAM.
Tak faham... maksudnya apa tu.. adakah En Zulkey akan buat CNI lagi..?
Ya.. saya akan berhenti dari BUAT CNI atau melibatkan diri dari aktiviti cni dan saya akan menjadi ahli biasa.. Itupun jika diluluskan oleh CNI.
Soalan 2
Boss... Dengar kata nak tutup DC..? Betul ke?
Jawapan 2
Kau ni kasar sangat soalan tu... aku cuma nak berhenti menjadi DC Operator. Aku telah menghantar surat notis berhenti DC kepada En Idril pada awal june 2007 dengan memberi sebulan notis. Tarikh akhir dan akan berhenti menjadi DC Operator pada 30 Jun 2007.
Soalan 3
Boh.. kenapa nak berhenti, kan bos dah naik MDAM dan bonus berpuluh-puluh ribu...?
Jawapan 3
Memang MDAM mempunyai bonus berpuluh-puluh ribu, tapi saya nak berhenti bukan kerana bonus..
Soalan 4
Weh.. demo ni betul ke..? Bak po nak berenti. Adakah sebab CNI tak lulus pertukaran nama Mek Bunga..?
Jawapan 4
Ya.. kawe serius... tapi buke soal isu Mek Bunga dan Zailan.. Kawe percaya CNI telah membuat keputusan sebaik mungkin untuk kebaikan CNI dan pengedarnya. Walaupun kawe rasa tidak adil pada mulanya tapi sebenarnya CNI telah membuat seadil-adilnya untuk menjaga kepentingan CNI dan pengedarnya.
Soalan 5
Adakah En Zulkey nak berhenti CNI kerana group En Zulkey sudah jatuh..? Tapi saya nampak En Zulkey masih lagi strong dan masih memandu S Class..
Jawapan 5
Friend... jatuh bangun dalam perniagaan itu biasa. Memang group saya jatuh sekarang berbanding dahulu, saya masih lagi boleh bangkit jika saya mahu. Saya pernah jatuh teruk pada tahun 1998/99 dan ramai leader yang terpaksa jual kereta. Saya bangkit kembali pada masa itu pada tahun 2000... saya boleh bangkit.. jika saya mahu bangkit..
Soalan 6
Adakah En Zulkey berkecil hati kerana CNI telah meluluskan En Fauzi membuka DC di Semenyih, lalu membuat keputusan untuk menutup DC Kajang.?
Jawapan 7
Tidak sama sekali "Demi Allah". Seperti yang pernah saya katakan, CNI berhak membuka 10 DC sekalipun pada sesuatu tempat jika ianya dirasakan PERLU demi untuk kepentingan CNI dan pengedarnya.
Soalan 8
Habis tu kenapa nak tutup DC Kajang kalau tidak kerana berkecil hati.?
Jawapan 8
Itu mungkin tanggapan anda sahaja. Saya sebenarnya sudah lama ingin meletak jawatan sebagai DCO. Saya pernah terfikir beberapa kali untuk menawar suka-sama suka kepada En Fauzi Bandar Tech. Tapi masa belum sampai dan belum terluah dari mulut saya kepada En Fauzi. Kebetulan CNI telah meluluskan DC Bandar Tech, maka saya ambil kesempatan dengan segera... itu saja...
Soalan 9
Adakah kerana sale DC En Zulkey dah jatuh..?
Jawapan 9
Kan saya dah kata, jatuh bangun adat perniagaan.. Takkan bila sale jatuh kita nak berhenti... bukan sebab itu.. Memang sale DC Kajang jatuh, di tempat lain juga jatuh ada tempat lain juga naik.. bukan kerana sale saya jatuh lalu saya nak tutup. Saya masih untung tiap2 bulan dan di saat ini saya masih mendapat pendapatan 5 angka melalui DC Kajang
Soalan 10
Habis tu kalau tidak kerana berkecil hati dengan pembukaan DC Semenyih, kenapa nak tutup DC Kajang.?
Jawapan 10
Saya cuma ingin menjadi lebih bertanggung jawab. Saya sudah tidak boleh memberi komitmen terhadap CNi, sejak 2 tahun kebelakangan ini, saya sudah tidak memberi komitmen pada CNI, saya sudah tidak "appear" dalam mana-mana Gbos, meeting, atau aktiviti lain kecuali AMS sahaja. Jadi saya tidak mahu dikatakan MDAM atau DCO yang tidak berkomitmen...dan hanya mengaut keuntungan dari DC sahaja, maka saya ingin melepaskan jawatan ini disebabkan rasa bertanggungjawab. Lebih baik diberikan kepada leader yang lebih berkomitmen. CNI telah menjumpainya iaitu En Fauzi di Bandar Tech.. Tahniah En Fauzi.. (gomo mollek tuh)
Soalan 11
Kenapa aktiviti lain tak pergi tapi AMS boleh pergi pulak?
Jawapan 11
Saya ke AMS bukan kerana lain.... tetapi kerana 'hati yang merah'... saya masih lagi berminat dengan AMS walaupun tanpa bayaran sekiranya CNI masih lagi perlukan tenaga saya.
Soalan 12
En Zulkey kata dah 2 tahun tak berkomitmen dengan CNI(tak buat CNI) .. apa puncanya.?
Jawapan 12
Ya betul... puncanya... arrr... soalan ni saya tidak boleh menjawabnya ... sorry "no komen".
Soalan 13
Saya dengar kata En Zulkey "frust" dengan CNI.. ye ke..?
Jawapan 13
Frust..!!! haha.. apa pulak..? Hanya orang yang tidak sedar diri sahaja yang frust.. Saya tidah berhak untuk frust terhadap CNI.
Soalan 14
Boh... dah kalu berenti CNI.. AMS habis la...?
Jawapan 14
Gila kau... Aku bukan Azman Ching laa..
Aku bukan lah orang penting setaraf dengan Azman Ching atau Cikgu Gan. Kalau tiada mereka berdua ni, mungkin AMS dan GDS tergendala buat seketika.
Saya hanya salah seorang cikgu (penceramah) di AMS yang terdiri dari Dr Azman, Murad, Zulkey, Jamil, Rahman TangLong, RB, TA, Ridzuan, Jai, Kahar. Saya cukup yakin Ridzuan dan cikgu-cikgu yang lain boleh mengambil alih dan mengganti tugas saya dengan lebih baik.
Soalan 15
En Zulkey... ada desas-desus mengatakan En Zulkey masuk Usana... betul ke ?
Jawapan 15
Usana pulak..!! Haha... jangan percaya desas-desus, you kena dengar dari mulut saya sendiri. Dulu saya ada pernah pergi dengar preview Usana - tetapi bukan di tempat meeting dia. Tapi di kedai kopi mamak di PJ. Saya pergi pun atas dasar kawan baik saya yang mengajak dan untuk mendapat "more info", saya rasa anda kenal kawan yang mengajak saya tu... En Yusoff Daud..!! Kenal..? Di pendekkan cerita.. saya tidak menerima tawaran dia untuk masuk usana... saya berhenti cni juga bukan kerana dia.
Soalan 16
Boh..!! ore kata mu kuat buat Uptrend loni... leader-leader CNI Jinjang kata mu dok sponsor uptrend.. betul ke?
Jawapan 16
Siapa pulak tu... silap ore kot... ada 7 orang yang hampir serupa dengan kita di dunia ni... mungkin image saya yang ke 7 kot..
Soalan 17
Bos... saya dengar kata bos mendapat tawaran dari syarikat lain untuk jadi 001.
Jawapan 17
Oh.... tak, ianya tidak pernah berlaku kepada saya sehingga hari ini. Kalau orang lain yang lebih hebat dari saya munggkin YA.
Soalan 18
Betulke bos mendapat tawaran dari syarikat baru untuk menjadi penceramah berbayar..?
Jawapan 18
mana kau dengar ni... memang ada beberapa orang yang menawarkan untuk menjemput saya menjadi penceramah dan menjalankan kursus di syarikat mereka, saya tidak pernah menerima dan tidak pernah pergi untuk berbincang setakat hari ini. .
-nanti kalau ada soalan lagi , akan sy masukkan..

9 comments:

Dr Fulus said...

Zulkey,

saya amat terkejut bila dpt tau bos nak berhenti CNI. Ni satu yg besar kehilangan bg CNI.

Bagi kami bos adalah idola kami dlm CNI, seorang jurutera yg berpangkat Senior Manager dlm syarikat gergasi. Dan meniggalkan pekerjaan itu demi CNI.

Bos juga cikgu kami dari SNP hingga ke AMS. Rasa banyak lagi ilmu bos yg saya pelajari. masih blm puas menimba ilmu dgn bos.

Harap bos dpt pertimbangakan keputusan bos.

Jet Li (m) said...

Terima kasih Dr Fulus.. nama ni saya tak pernah dengar, tapi saya percaya anda dalam kumpulan cni dan mungkin amat rapat dengan kumpulan saya. Apa yang anda baca di bolg ni adalah benar.. Saya telah menimbangnya berkali-kali . Selagi anda di Cni, anda masih boleh meneruskan kursus2 yang ada, saya percaya speaker2 atau leader2 di cni sangat hebat dan masih lagi hebat. Perjalanan masih panjang... anda masih lagi boleh menerima tips dari saya melalui http://mlmsifoo.blogspot.com
tq - me.. Jet Li(m)

PK said...

Selama bertahun kita bukan sahaja bersama dalam ams, snp dan cni dan saya amat mengenali en. Zulky luar dan dalam. Dari kata2 u I dapati yg u sangat2 kecewa bukan saja kepada cni tetapi kpd II. Walau apa pun u cakap saya tau ada masalah besar u bersama dengan cni.
Jadi kenapa baru hari ni u bising2. Hakikatnya seluruh pemimpin cni dah bercakap pasal II. Sepatutnya sebagai MDAM u dari mula lg dah mula berterus terang pada semua orang CNI yg II ni menyebabkan ramai leader berundur. Apa komen u.....

PK said...

Dulu u baik dengan budak nama Asrul(ala yang buat AMS... tentu kenal). Macam-macam crita saya dengar pasal budak tu d cni. Ala tak kisah la orang nak mengata kan. Mungkin ke u bersama dengan asrul d RHM(kopi black Ali)selepas ni. Tak mungkin ye tak, sebab plan RHM tak da pangkat...Tp kalau staff CNI yg buat AMS dan MDAM yang buat AMS sebenarnya dilihat sebagai orang yang paling setia dengan CNI, sanggup meninggalkan CNI, saya pasti CNI sedang dalam dilema, apatah lagi share dia jauh lebih rendah dp Zulian. Apa pendapat u.

Jet Li (m) said...

Terima kasih kepada PK kerana singgah di Blog saya ni.. Dari tulisan anda tu menampakkan yang anda begitu kenal dengan saya. Minta maaf, saya tak berapa pasti siapa anda dengan menggunakan nama "PK", jika anda terbaca reply saya ni, please call saya di nombor yang sama seperti dulu.

Siapa yang anda maksudkan dengan II tu, saya tidak mahu membuat andaian dan komen tentang II takut tersalah orang yang saya maksudkan dengan yang anda maksudkan.

Sebenarnya saya resign dari CNI bukan kerana tidak puas hati dengan sesiapa atau CNI sendiri. Itu perkara kecil, memang ada sedikit sebanyak yang tak puas hati tapi itu bisa diubah dan boleh dikompromi. Walau dimana anda berada sekalipun akan tetap ada satu ketika yang anda rasa tidak puas hati atau kecewa tetapi ini boleh diperbetulkan dengan perbincangan atau muzakarah.

Saya turun dari kapal CNI kerana saya menjumpai kapal lain yang saya rasa boleh lebih laju untuk saya sampai ke destinasi. Saya tidak mempunyai masa yang begitu banyak, so saya rasa saya perlu menaiki kapal yang lebih laju untuk sampai ke destinasi. Saya tahu, saya terpaksa berhadapan dengan risiko kemalangan, jadi saya kena memandu dengan lebih berhati-hati. Saya berharap kita berjumpa di sana..

Tentang budak Asrul tu saya kenal, kalau yang buat AMS tu saya memang kenal sangat. Rasanya tak mungkin saya ke RHM. Saya berharap En ASrul akan berjaya di RHM dan sama-sama memandu S-Class atau BM7Siries tahun 2008, dan kita sama-sama jumpa di Kutub Utara.

Tentang saham, sya tiada komen apa-apa. Naik turun itu biasalah, bermakna CNI kena lebih mempromosikan dirinya lebih kuat untuk menyakinkan customer atau investor-investor yang sedia ada. Dengan cara ini saham akan lebih naik.

Leader-leader CNi kena bersikap lebih profesional dan jangan mengikut emosi.
(Majoriti, Top Leader CNI ialah dari golongan yang bersikap "emosional".

Pihak management CNI juga kena lebih "up to date" dan mengikut trend semasa terutama sekali dari segi penggunaan e-commerce dan internet dan compensation plan adalah yang lebih up to date. Bikan yang 20 tahun dahulu. Dulu mungkin yang terbaik tetapi tidak semestinya akan menjadi yang terbaik pada hari ini.

tq

Cikgu D said...

Terpanggil saya untuk bersama-sama dengan en. zulkey untuk berkongsi pendapat. Suatu sasa dahulu begitu ramai sahabat yang boleh dianggap sebagai pejuang ORANG MELAYU didalam CNI, tetapi akhir-akhir ini makin pudar dan hilang kewibawaan mereka-mereka yang tinggal di CNI sekarang. Saya rasa sungguh-sungguh KECIWA dengan pemergian cikgu Asrul, cikgu Tuan Anuar, cikgu Mazlah, cikgu Ella, cikgu Zamry, Cikgu Capt Hj Rosli, Cikgu Yusuf Daud yang begitu bermati-matian memperjuangkan orang-orang MELAYU.
Apakah ini dikatakan 'PATAH TUMBUH HILANG BERGANTI'
Mungkinkah mereka-mereka ini menghadapi masaalah seumpama dengan anda?

Jet Li (Malaysia) said...

Terima kasih pada "cikgu d" keranan singgah di sini. Tentang pemergian pejuang-pejuang melayu tu saya tak pasti apa masalah mereka dan kemana mereka pergi, tetapi saya harap mereka lebih berjaya atau mungkin juga mereka mempunyai masalah seperti saya...!!!

Tak dinafikan juga mungkin mereka mempunyai masalah tersendiri yang menyebabkan mereka terpaksa untuk tidak berada dalam TEAM CNI lagi..

Saya berharap semua orang tidak mempunyai masalah seperti saya..

Cikgu D said...

Jetli(m)
Kenapa u selalu mention bersama-sama jumpa di KUTUB UTARA? Saya tak faham konsep KUTUB UTARA tersebut... minta penjelasan sikit...

Adakah KUTUB UTARA melambangkan BERJAYA? Kalau ya... saya mungkin kurang setuju kerana pada saya berjaya tidak semesti di UTARA... di mana-mana pun boleh berjaya...

p/s: jumpa anda di puncak kejayaan

Jet Li (m) said...

Oh.. Cikgu D
Saya sengaja nak menggunakan perkataan Kutub Utara di blog ini... Sebelum ini pun dah selalu guna perkataan "Jumpa Anda Di Puncak Kejayaan". Saya dah tunggu lama di sana, cikgu D tak tiba-tiba jugak. Lama sangat tunggu di puncak, saya pun turun la..

Kali ni nak guna "kutub utara" pulak, sebab dulu ada seorang wanita pertama Malaysia dah mengharungi ketulan ais di Kutub Utara. Pah tu ada pulak pelancaran proton pergi hempas kereta di kutub utara pulak.. dan macam-macam lagi lah, kononnya mengharungi nama Malaysia lah tu... Kalau tak nak guna kutub utara pun tak apa, kita guna Puncak Everest...