Monday, June 18, 2007

Surat untuk Idril

Amsterdam

Siapa tidak kenal Idril...? Bertubuh tinggi lampai dan bersongkok hitam.. saya tetap menghargai persahabatan disepanjang pertemuan kita..

Anda pasti kena teruskan perjuangan di CNI demi untuk menjaga kepentingan pengedar-pengedar serta staff yang beragama Islam di sana. Anda lah tunggak bagi pengedar2 Islam terhadap apa2 aktiviti CNI supaya ianya tetap releven dengan budaya Islam.
Anda lah.. staff muslim yang mempunyai "sedikit gigi" yang boleh menggigit dan melatah demi untuk menjaga kepentingan usahawan muslim di CNI.. kalau tiada anda mungkin CNI akan lara... dan mungkin tidak mengambil endah hal ehwal atau sensitiviti kaum muslim di dalam mana2 aktiviti..

Saya tahu... tugas anda memang berat, saya dapat merasakan yang anda sedang tersepit di antara pengedar dan management.
Itu adalah cabaran... Walau sebaik mana pun kita... atau seikhlas mana pun kita...... tetap ada orang yang busuk hati, tetap ada orang yang memusuhi kita... tetapi kita tidak perlu memusuhi mereka, sebaliknya berdoa dan berusaha supaya meraka berada dalam team kita...

Idrilll
Ada orang yang memang tak suka pada anda dan menuduh anda yang bukan2... ada orang mengatakan anda adalah 1000% menjaga syarikat dan bukan berpihak kepada pengedar melayu... Andalah yang menyekat sesetengah aktiviti untuk menaikkan pasaran atau faedah2 kepada pengedar atau DC2 Melayu....

Anda juga dituduh menjadi "barua" syarikat... atau "yess man" untuk memujuk usahawan Melayu supaya bersetuju dengan polisi syarikat. Anda juga pernah dituduh menggunakan "tangkal" yang sentiasa berada dalam songkok hitam, tangkal itu adalah azimat atau pendinding apabila berhadapan dengan pengedar2 yang garang-garang..

Idrilll..
Itu adalah tuduhan yg saya dengar... hanya anda dan Allah yang tahu kebenarannya. Jangan tanya saya ..ini tuduhan dari siapa, saya tidak berniat untuk memberitahunya...

Teruskan jihad anda... dengan sabar dan tabah.. jangan lupa pada Allah dan sembahyang 5 waktu setiap hari....

"Walau sejahat mana sekali pun kita tapi sembahyang lima waktu jangan ditinggalkan... pasti suatu hari kejahatan yg kita miliki akan ditinggalkan... tetapi walau sebaik mana pun kita... kalau sembahyang 5 waktu tidak dijaga, atau tak buat..., "you are nothing"... lama-kelamaan yang baik itu juga akan hilang dari kita..."

Jadi... jagalah sembahyang yang 5 waktu walau dimana anda berada dan dalam apa jua keadaan. Dengan sembahyang inilah, ia akan menarik untuk membuat perkara2 baik yang lain...

Wassalam....


7 comments:

Unknown said...

Salam sejahtera,

Sepanjang perkenalan saya dengan En Zulkey beliau seorang yang cukup luar biasa seorang yang “humble”, simple, merendah diri, periang, dan sanggup membantu orang. Jika di kaji latar belakang beliau, seorang yang sangat tinggi dalam pengetahuan agama, dan pengetahuan Am. Dan saya sebagai rakan sungguh berbangga mengenali beliau sepanjang penglibatan beliau sebagai MDAM CNI. Ilmu yang dicurahkan tidak ternilai harganya bagi saya. Rakan-rakan sebagi seorang insan / manusia biasa kita tidak lari dari melakukan kesilapan lantas hak serta keperibadian diri sendiri seharusnya kita hargai. Keputusan En. Zulkey meletak jawatan sebagai MDAM seharusnya kita sokong dan setuju kerana itu hak keperibadian beliau yang semestinya sudah beliau fikirkan baik dan buruk. Justeru kita sebagai rakan yang mengenali beliau seharusnya mendoakan kesejahteraan beliau dan berdoa agar kehidupan beliau mendatang. Sekian dari attras

Unknown said...

Utk. Altramakat...
Salam,

Yang awak sokong kuat En. Zulki ni kenapa ?
Sejauhmanakah kejayaan anda selama dia memimpin anda ?
Hari ini anda pergi ke syarikat baru kan ? Semoga berjaya... tapi jikalau kepimpinannya org yang sama, maknanya anda tak akn ke mana-mana....
Insaf-insaflah sedikit saudara Altramakat Malaikat !!
Jika nak buat sykt. baru pun, jangan pulak suka buat PROPAGANDA... Tuhan Marah !
Orang tau siapa anda..

Tak percaya ??
Alaa yg selalu naik kapchai tu dan pakai jaket hitam tu.. he.. he.. Jgan Maree !!

TQ.. TQ..

Utk. En. Zulki..,
boss, tolonglah jgn prgi.. kami sayangkan anda !!
Rindu dgn ceramah dan seloroh anda. Sy suke tengok mainan Magic tu dan bla.. bla.. bla..
You tak patut resign drp CNI.
Up line tak servis ke ?

Fikirlah baik2 En. Zulki, kami semua masih perlukan anda !!
Nanti AMS siapa nak ganti tempat you !

Jet Li (m) said...

Terima kasih dengan anda berdua, altramakat dan razali..
Apa yang saya minta, biarlah apa yang anda tulis itu ialah ikhlas dari hati anda. Saya hanya menarik diri untuk berhenti dari CNI, persahabatan adalah kekal, saya masih lagi tinggal di tempat yg sama dan memiliki no hp yang sama.

Anda boleh menghubungi dan datang bila-bila masa untuk berjumpa saya, saya juga berceramah dan bermain magic seperti biasa. Anda boleh pada bila2 masa utk mendengarnya. tq ..Jet Li(m)

Cikgu D said...

Ramai orang kata - En Idril ni kalau sembahyang tak pakai songkok hitam tu? Dia cuma pakai semasa majlis aje? Betul ke?

Jet Li (m) said...

Cikgu D..!!! awak pernah tengok ke Idrill tu tak pakai songkok hitam tu masa sembahyang...? Jangan main dengar orang cakap je..

Songkot tu sebenarnya melambangkan dia orang melayu traditional...

Kalau masa sembahyang tak semestinya kena pakai songkok.. Tak pakai songkok pun tak apa asalkan pakaian menutup aurat.

Cikgu D, masa sembahyang pakai songkok ke pakai kopiah... atau tak pakai apa-apa..?? haha..

Cikgu D said...

Jetli(m)…
Terima kasih kerana menyedarkan saya bahawa memakai songkok sebenarnya tidak melambangkan apa yang diamalkan…

Tapi saya tertarik dengan statement Melayu Tradisional yang Jetli(m) nyatakan. Apa maksud Melayu Tradisional? Pada fahaman saya yang jahil ini… Melayu Tradisional mungkin terdiri daripada salah satu golongan berikut?

A. Melayu keturunan bangsawan yang dibesarkan dalam serba kemewahan… mereka biasanya tidak faham kesusahan rakyat jelata
B. Melayu rakyat biasa tetapi telah diangkat darjatnya menjadi bangsawan kerana mengahwini Putera Raja
C. Melayu yang sentiasa patuh dan menurut apa sahaja titah Raja/Sultan cth: Hang Tuah
D. Melayu yang berani menegakkan prinsip diri tetapi sehingga terpaksa menderhaka kepada Raja/Sultan cth: Hang Jebat

Jadi golongan yang mana Melayu Tradisional mengikut fahaman Jetli(m)?

p/s: Saya tetap yakin tempat songkok adalah di kepala… bukan di tempat lain…

Jet Li (m) said...

Haha... cikgu d..
Tak sangka pulak, banyak golongan Melayu yang anda fikirkan...

Tak kesah la melayu golongan manapun yang anda fikirkan tapi yang penting.. Agama tu mesti Islam..