Monday, June 18, 2007

Terima Kasih Upline Semua

Hi... Terima kasih yang tak terhingga kepada upline-upline semua... bermula dengan;

MDAM Roslan Abdullah
MDAM Tuan Anuar
MDAM Wak Ramlan
MDAM Ust Basir
MDAM Roslan Basir
MDAM Jailani Basir
MDAM Murad Basir
MDAM Janet... dan
MDAM Dato' Azman Ching

lihat detail disini http://mysuccess4all.com/uppline.html
-ini laman web projekCNI saya yang terbengkalai-

Sepanjang 12 tahun saya belajar dengan anda semua... Kita tidak meminta untuk perpisahan tetapi ianya terjadi kerana telah di takdirkan untuk terjadi. Walaubagaimanapun persahabatan kita adalah kekal insyaAllah...

Saya bukan ingin memutuskan talian persahabatan... terutama sekali yang sesama muslim.. Kita pasti berjumpa di puncak kejayaan (yang selalu kita sebut semasa di CNI) insyaAllah.

Saya cuma mungkin berehat seketika... anda teruskan dahulu perjalanan ke puncak Kejayaan itu. Saya tetap akan menyusul dan InsyaAllah pasti akan tiba ke puncak dan berjumpa kalian disana... Sudah pasti saya akan terlepas kenderaan CNI...

Saya mungkin akan menggunakan kenderaan yang berbeza...Pergi tetap pergi....

Tetapi jangan pula apabila saya sampai nanti, sebahagian dari anda hilang atau tiada disana...

....See you at the TOP....

$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$


...............................................................
Email dari MDAM Zainal Sg Petani - reply
...............................................................
Wslm;
Terima kasih kerana masih mengingati saya , Selama ini saya gembira dapat mengenali diri anda dalam CNI. Saya berpendapat anda seorang yang simple dan low profile. Saya bangga dengan anda cuma saya tidak berkesempatan mengenali diri anda secara dekat dan berrgaul rapat dengan anda ini mungkin kerana jarak usia yang terlalu jauh dan hanya sekali-kali perjumpaan dan perlancungan kita dapat bersama. Terus terang saya katakan saya bukanlah sehebat anda dalam CNI cuma pengalaman lama dalam perniagaan mengajar saya supaya lebih berhati-hati. Jatuh bangun dalam perniagaan memang perkara biasa. Anda masih muda dan peluang anda untuk terus berjuang terbuka luas. Saya doakan kita sama-sama berada dipuncak kejayaan dan dirahmati allah. Harapan saya supaya kita dapat meneruskan silatulrahim yang kita jalinkan dalam cni akan berkekalan. Mohon maaf saya dan isteri jika sepanjang perjuangan bersama cni terdapat kesilapan dan terlanjur kata kerana kita adalah insan biasa disisi Allah. Jumpa lagi.....

==> end




No comments: