Assalamualaikum En Zulkey, Saya Ustaz xxx, nak minta penjelasan dari mulut En Zulkey sendiri. Saya ada dengar tentang En Zulkey nak berhenti dari CNI.. betul ke?
Jawapan 1
Eh hemmm.. Saya bukannya nak berhenti CNI, saya cuma hendak memohon untuk meletak jawatan dari "Executive Level" termasuklah MDAM.
Tak faham... maksudnya apa tu.. adakah En Zulkey akan buat CNI lagi..?
Ya.. saya akan berhenti dari BUAT CNI atau melibatkan diri dari aktiviti cni dan saya akan menjadi ahli biasa.. Itupun jika diluluskan oleh CNI.
Soalan 2
Boss... Dengar kata nak tutup DC..? Betul ke?
Jawapan 2
Kau ni kasar sangat soalan tu... aku cuma nak berhenti menjadi DC Operator. Aku telah menghantar surat notis berhenti DC kepada En Idril pada awal june 2007 dengan memberi sebulan notis. Tarikh akhir dan akan berhenti menjadi DC Operator pada 30 Jun 2007.
Soalan 3
Boh.. kenapa nak berhenti, kan bos dah naik MDAM dan bonus berpuluh-puluh ribu...?
Jawapan 3
Memang MDAM mempunyai bonus berpuluh-puluh ribu, tapi saya nak berhenti bukan kerana bonus..
Soalan 4
Weh.. demo ni betul ke..? Bak po nak berenti. Adakah sebab CNI tak lulus pertukaran nama Mek Bunga..?
Jawapan 4
Ya.. kawe serius... tapi buke soal isu Mek Bunga dan Zailan.. Kawe percaya CNI telah membuat keputusan sebaik mungkin untuk kebaikan CNI dan pengedarnya. Walaupun kawe rasa tidak adil pada mulanya tapi sebenarnya CNI telah membuat seadil-adilnya untuk menjaga kepentingan CNI dan pengedarnya.
Soalan 5
Adakah En Zulkey nak berhenti CNI kerana group En Zulkey sudah jatuh..? Tapi saya nampak En Zulkey masih lagi strong dan masih memandu S Class..
Jawapan 5
Friend... jatuh bangun dalam perniagaan itu biasa. Memang group saya jatuh sekarang berbanding dahulu, saya masih lagi boleh bangkit jika saya mahu. Saya pernah jatuh teruk pada tahun 1998/99 dan ramai leader yang terpaksa jual kereta. Saya bangkit kembali pada masa itu pada tahun 2000... saya boleh bangkit.. jika saya mahu bangkit..
Soalan 6
Adakah En Zulkey berkecil hati kerana CNI telah meluluskan En Fauzi membuka DC di Semenyih, lalu membuat keputusan untuk menutup DC Kajang.?
Jawapan 7
Tidak sama sekali "Demi Allah". Seperti yang pernah saya katakan, CNI berhak membuka 10 DC sekalipun pada sesuatu tempat jika ianya dirasakan PERLU demi untuk kepentingan CNI dan pengedarnya.
Soalan 8
Habis tu kenapa nak tutup DC Kajang kalau tidak kerana berkecil hati.?
Jawapan 8
Itu mungkin tanggapan anda sahaja. Saya sebenarnya sudah lama ingin meletak jawatan sebagai DCO. Saya pernah terfikir beberapa kali untuk menawar suka-sama suka kepada En Fauzi Bandar Tech. Tapi masa belum sampai dan belum terluah dari mulut saya kepada En Fauzi. Kebetulan CNI telah meluluskan DC Bandar Tech, maka saya ambil kesempatan dengan segera... itu saja...
Soalan 9
Adakah kerana sale DC En Zulkey dah jatuh..?
Jawapan 9
Kan saya dah kata, jatuh bangun adat perniagaan.. Takkan bila sale jatuh kita nak berhenti... bukan sebab itu.. Memang sale DC Kajang jatuh, di tempat lain juga jatuh ada tempat lain juga naik.. bukan kerana sale saya jatuh lalu saya nak tutup. Saya masih untung tiap2 bulan dan di saat ini saya masih mendapat pendapatan 5 angka melalui DC Kajang
Soalan 10
Habis tu kalau tidak kerana berkecil hati dengan pembukaan DC Semenyih, kenapa nak tutup DC Kajang.?
Jawapan 10
Saya cuma ingin menjadi lebih bertanggung jawab. Saya sudah tidak boleh memberi komitmen terhadap CNi, sejak 2 tahun kebelakangan ini, saya sudah tidak memberi komitmen pada CNI, saya sudah tidak "appear" dalam mana-mana Gbos, meeting, atau aktiviti lain kecuali AMS sahaja. Jadi saya tidak mahu dikatakan MDAM atau DCO yang tidak berkomitmen...dan hanya mengaut keuntungan dari DC sahaja, maka saya ingin melepaskan jawatan ini disebabkan rasa bertanggungjawab. Lebih baik diberikan kepada leader yang lebih berkomitmen. CNI telah menjumpainya iaitu En Fauzi di Bandar Tech.. Tahniah En Fauzi.. (gomo mollek tuh)
Soalan 11
Kenapa aktiviti lain tak pergi tapi AMS boleh pergi pulak?
Jawapan 11
Saya ke AMS bukan kerana lain.... tetapi kerana 'hati yang merah'... saya masih lagi berminat dengan AMS walaupun tanpa bayaran sekiranya CNI masih lagi perlukan tenaga saya.
Soalan 12
En Zulkey kata dah 2 tahun tak berkomitmen dengan CNI(tak buat CNI) .. apa puncanya.?
Jawapan 12
Ya betul... puncanya... arrr... soalan ni saya tidak boleh menjawabnya ... sorry "no komen".
Soalan 13
Saya dengar kata En Zulkey "frust" dengan CNI.. ye ke..?
Jawapan 13
Frust..!!! haha.. apa pulak..? Hanya orang yang tidak sedar diri sahaja yang frust.. Saya tidah berhak untuk frust terhadap CNI.
Soalan 14
Boh... dah kalu berenti CNI.. AMS habis la...?
Jawapan 14
Gila kau... Aku bukan Azman Ching laa..
Aku bukan lah orang penting setaraf dengan Azman Ching atau Cikgu Gan. Kalau tiada mereka berdua ni, mungkin AMS dan GDS tergendala buat seketika.
Saya hanya salah seorang cikgu (penceramah) di AMS yang terdiri dari Dr Azman, Murad, Zulkey, Jamil, Rahman TangLong, RB, TA, Ridzuan, Jai, Kahar. Saya cukup yakin Ridzuan dan cikgu-cikgu yang lain boleh mengambil alih dan mengganti tugas saya dengan lebih baik.
Soalan 15
En Zulkey... ada desas-desus mengatakan En Zulkey masuk Usana... betul ke ?
Jawapan 15
Usana pulak..!! Haha... jangan percaya desas-desus, you kena dengar dari mulut saya sendiri. Dulu saya ada pernah pergi dengar preview Usana - tetapi bukan di tempat meeting dia. Tapi di kedai kopi mamak di PJ. Saya pergi pun atas dasar kawan baik saya yang mengajak dan untuk mendapat "more info", saya rasa anda kenal kawan yang mengajak saya tu... En Yusoff Daud..!! Kenal..? Di pendekkan cerita.. saya tidak menerima tawaran dia untuk masuk usana... saya berhenti cni juga bukan kerana dia.
Soalan 16
Boh..!! ore kata mu kuat buat Uptrend loni... leader-leader CNI Jinjang kata mu dok sponsor uptrend.. betul ke?
Jawapan 16
Siapa pulak tu... silap ore kot... ada 7 orang yang hampir serupa dengan kita di dunia ni... mungkin image saya yang ke 7 kot..
Soalan 17
Bos... saya dengar kata bos mendapat tawaran dari syarikat lain untuk jadi 001.
Jawapan 17
Oh.... tak, ianya tidak pernah berlaku kepada saya sehingga hari ini. Kalau orang lain yang lebih hebat dari saya munggkin YA.
Soalan 18
Betulke bos mendapat tawaran dari syarikat baru untuk menjadi penceramah berbayar..?
Jawapan 18
mana kau dengar ni... memang ada beberapa orang yang menawarkan untuk menjemput saya menjadi penceramah dan menjalankan kursus di syarikat mereka, saya tidak pernah menerima dan tidak pernah pergi untuk berbincang setakat hari ini. .
-nanti kalau ada soalan lagi , akan sy masukkan..